Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari

FATHUL BARI

Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari adalah kitab penerangan kepada hadits-hadits yang terkumpul dalam Shahih Bukhari. Ia  adalah kitab yang paling lengkap dalam syarah hadits sehingga segala hal berkaitan syarah hadits hampir semuanya ada di dalamnya. Oleh itu, tidak hairanlah para ulama’ mengatakan “Laa hijrata ba’dal Fathi” yang maknanya “Tidak perlu hijrah (beralih kepada kitab lain) selagimana adanya kitab Fathul Baari”. Kitab ini juga telah diiktiraf oleh para ulama sebagai kitab yang kandungannya paling shahih selepas kitab suci Al-Qur’an.

Keistimewaan Cetakan Ini :

Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari cetakan Pustaka Imam Asy-Syafi’i memiliki banyak keistimewaannya. Ia diterbitkan secara utuh dari kitab asalnya yang berbahasa Arab, diterjemah dari apa yang ada di dalamnya tanpa mengurang atau menghilangkan sebahagian dari teks Arab, baik pada sanad atau matan serta syarahnya.

Disertakan di awal setiap jilid glosari istilah Ilmu Hadits dan ilmu bahasa Arab Nahwu-Shorof, agar memudahkan para pembaca dari golongan awam memahami istilah-istilah ilmu hadits & bahasa Arab yang akan ditemui sepanjang pembacaannya dalam kitab ini.

Susunan bahasanya yang sistematik secara harfiyyah, sepertimana susunan bahasa Arabnya. Susunan ini memudahkan para pembaca yang memiliki kitab berbahasa Arab membuat rujukan serta menambahkan penguasaan perbendaharaan kata bahasa Arab.

Kitab ini masih dalam proses penterjemahan. Setakat ini telah terbit sehingga jilid ke-15.

JILID 1: KITAB WAHYU, IMAN

JILID 2: KITAB ILMU

JILID 3: KITAB WUDHU

JILID 4: KITAB MANDI, HAID DAN TAYAMUM

JILID 5: KITAB SOLAT

JILID 6: KITAB WAKTU-WAKTU SOLAT DAN AZAN

JILID 7: KITAB AZAN, SOLAT BERJEMAAH DAN IMAMAH

JILID 8: KITAB AZAN, SIFAT SOLAT

JILID 9: KITAB SOLAT JUMAAT, SOLAT KHAUF, SOLAT ‘IED

JILID 10: KITAB SOLAT WITIR, SOLAT ISTISQA’, SOLAT GERHANA, SUJUD TILAWAH, SOLAT QASAR

JILID 11: KITAB SOLAT TAHAJUD, KEUTAMAAN SOLAT DI MASJIDIL HARAM DAN MASJID NABAWI, MELAKUKAN PERBUATAN SELAIN RUKUN SOLAT, SUJUD SAHWI

JILID 12: KITAB JENAZAH

JILID 13: KITAB ZAKAT

JILID 14: KITAB HAJI (BAHAGIAN 1)

JILID 15: KITAB HAJI (BAHAGIAN 2)

Klik

About these ads
  1. #1 by Mohd Firdaus Abdullah on May 9, 2013 - 4:15 am

    Assalamualaikum..saya nak minta pendapat kitab fiqh mana yang bagus huraiannya dan mudah difahami untuk orang awam..saya ada dengar ceramah yang menggunakan kitab bahrul mazi..apa beza kitab ini dengan kitab2 fiqh yang tuan ada..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 68 other followers

%d bloggers like this: